Keberkesanan Kehakiman Bawa Manfaat Kepada Peguam Dan Pelanggan Mereka - Zaki

Diterbitkan: Jumaat, 24 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Saya tidak bekerja untuk diri saya sendiri, tetapi yang lebih penting ialah para peguam dan pelanggan mereka boleh mendapat manfaat daripada usaha kami dalam meningkatkan keberkesanan kehakiman," tegas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

"Kami bekerja untuk kamu semua, mungkin kamu tidak menyedarinya, para pembayar cukai yang membayar gaji kami dan saya mempunyai satu tahun lagi (untuk berkhidmat) dan saya tidak rugi apa-apa dan saya boleh pulang rumah dan tidur jika saya mahu," katanya mengulas mengenai kritikan terhadap usaha beliau menyelesaikan kes tertunggak terutama di mahkamah tinggi sivil.

Beliau menolak tanggapan bahawa Petunjuk Prestasi Utama (KPI) merupakan keutamaan beliau dan hakim-hakim telah berkrompromi dalam soal kualiti penghakiman.

"Diri saya dan rakan-rakan hakim mendapat respon yang sangat baik daripada orang awam termasuk para peguam menerusi surat, e-mel dan SMS, yang secara umum kami tidak mendapat sungutan daripada firma terkemuka dan hanya firma kecil yang membuat bising," jelas Zaki kepada pemberita selepas merasmikan mahkamah sivil baru di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada Jumaat.

Beliau berkata dalam jangka panjang, jumlah hakim akan dikurangkan yang mana sekarang kos yang dibayar pembayar cukai untuk menggaji seorang hakim dan kakitangan sokongannya bernilai kira-kira RM1.5 juta setahun.

"Kami juga mahu memberi kemudahan kepada 'pelabur' yang mahukan kehakiman yang cekap, sama ada mereka menang atau kalah, mereka mahu ia (kes) selesai dengan cepat, ini bukan KPI.

"Bekerja atau tidak bekerja, kami mendapat gaji kami dan jika kami bekerja kuat, kamu semua akan mendapat faedah daripadanya," tegas Zaki.

Beliau berkata sehingga penghujung Ogos tahun ini, terdapat 3,395 kes sivil dan komersial masih tertunggak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sahaja, yang sesetengah kes bertarikh sejak 1998.

"Enam hakim akan menangani kes-kes ini dan harap ia dapat diselesaikan dalam tempoh dua tahun lagi," katanya.

Zaki juga tidak bersetuju dengan pengkritiknya yang mendakwa KPI menyebabkan hakim-hakim terpaksa bertolak ansur dalam soal kualiti kehakiman.

"Hampir 90 peratus kes di mahkamah kita melibatkan perkara undang-undang yang sudah kukuh (established point of laws) dan hanya tinggal 10 peratus perkara undang-undang terperinci (finer point of laws) yang perlu dikendalikan," katanya.

Ditanya tentang kemungkinan perlu diadakan lebih bilik mahkamah di Kuala Lumpur dan bandar besar lain, beliau berkata pejabat beliau sedang melihat kemungkinan menyewa bangunan berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

"Namun dengan nisbah kes yang kami selesaikan terutama kes sivil, tiada keperluan segera untuk berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata malah dua bangunan mahkamah komersial lama akan ditutup pada akhir November dan salah sebuah mahkamah tinggi di Temerloh telah ditutup.

Zaki menambah dua Mahkamah Sesyen dan tujuh Mahkamah Majistret telah ditutup di seluruh negara setakat ini tahun ini.

Beliau juga berkata kes tertunggak seterusnya akan ditempatkan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan di mana lebih banyak hakim akan dinaik taraf untuk mengendalikan kes.

Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria turut mempertahankan usaha Zaki dan berkata peguam dan kakitangan mahkamah perlu menukar pemikiran mereka.

"Jika kamu melihat jurnal undang-undang kita sekarang seperti MLJ (Malayan Law Journal) dan CLJ (Commonwealth Law Journal), jilidnya bertambah, di mana 'finer point of laws' dibangkitkan di bilik mahkamah dan hakim masih mempunyai masa untuk menulis penghakiman mereka," kata Arifin yang turut hadir pada sidang media berkenaan.

Katanya hakim yang mahu mengambil cuti panjang perlu menambah pada borang permohonan cuti mereka, jumlah kes yang masih tertangguh di mahkamah masing-masing.

"Ini bagi memastikan mereka menulis kehakiman mereka pada masanya dan merancang cuti mereka, untuk mengelak sebarang kelewatan yang tidak perlu," tambah Arifin. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan