Dr. M Tidak Bertanggungjawab, Nurul Izzah Cabar Berdebat

Diterbitkan: Jumaat, 24 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tidak bertanggungjawab apabila memainkan api perkauman dengan mendakwa orang Melayu akan hilang kuasa dan 'suara' sekiranya pakatan pembangkang mentadbir negara.

Beliau juga mendakwa kenyataan bekas Perdana Menteri itu sebagai usaha terdesak untuk menjejaskan kestabilan negara.

"Selain penggunaan isu perkauman, Umno juga memakai satu-satunya pendekatan yang mereka mahir, iaitu 'politik ketakutan' dengan menggunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai alat untuk penipuan yang penuh terdesak," katanya di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir yang mengingatkan bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa sekiranya pembangkang mengambil alih pentadbiran negara kerana jawatan Perdana Menteri di negara ini tidak dikhaskan kepada orang Melayu atau beragama Islam sahaja.

Dalam pada itu Nurul Izzah turut mencabar Dr Mahathir untuk berdebat berhubung isu berkenaan.

"Dengan matlamat untuk bertukar pendapat, demi mewujudkan Malaysia yang lebih baik untuk semua rakyat, saya dengan rendah hati membuat tawaran untuk berdebat dengan Dr Mahathir supaya 'kebimbangan' Melayu - yang pastinya tidak melibatkan keseluruhan masyarakat dapat dijelaskan, sama ada kerana takut Melayu hilang kuasa atau hilang harta?" katanya.

Mengulas lanjut menerusi satu kenyataan, calon Naib Presiden pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, tindakan Dr Mahathir juga merupakan pendekatan untuk mengekalkan dominasi politik kumpulan kecil elit Melayu.

"Matlamat ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengekalkan dominasi politik oleh sekelompok kecil elit Melayu yang rapat dengan pusat kuasa, melalui rasuah, salah guna kuasa dan secara berterusan mengabaikan perlembagaan.

"Malang sekali kerana tindakan mereka ini dibantu oleh MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen BN (Barisan Nasional) lain yang terus membisu dan membuang tanggungjawab yang sepatutnya digalas," katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan