Dasar Gaji Minimum Timbang Semua Faktor - Subramaniam

Diterbitkan: Jumaat, 24 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Cadangan dasar gaji minimum yang akan dibentangkan di Kabinet bulan depan, akan mempertimbangkan semua faktor dan isu kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Katanya antara isu itu melibatkan kenaikan gaji pokok pekerja, memastikan terdapat produktiviti dan kebolehdapatan pekerjaan serta memastikan ia tidak menjejaskan pengaliran masuk pelaburan asing.

"Kita harus mempertimbangkan semua faktor dan isu sebelum melaksanakan dasar yang sesuai untuk negara," katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran cakera padat audio berbahasa Tamil yang diberi nama 'Kaithi' dekat sini malam Khamis.

Beliau berkata kementeriannya akan meneruskan pelaksanaan cadangan dasar gaji minimum itu selepas mendapat arahan daripada Kabinet.

Mengenai desakan ramai pihak yang meminta filem Tamil yang memaparkan aksi keganasan melampau diharamkan, Subramaniam yang merupakan Naib Presiden MIC percaya tidak semua yang menonton filem ganas akan menjadi ganas kerana terdapat faktor yang lebih rumit daripada itu.

"Unsur keganasan tidak hanya terdapat di dalam filem Tamil tetapi dalam filem lain juga. Jika anda haramkan filem Tamil yang mempunyai unsur ganas, itu tidak bermakna dalam filem-filem lain tidak terdapat aksi ganas.

"Alasan mengapa sesetengah orang berperilaku tertentu dengan cara tertentu adalah multifaktorial, dan filem hanya memainkan sebahagian kecil," katanya.

Subramaniam berkata beliau percaya lembaga penapisan akan mengawal filem sedemikian.

Katanya beliau akan membawa pandangan tentang isu berhubung unsur ganas dalam filem Tamil itu kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta lembaga penapisan filem kerana "apa yang ditayangkan di dalam filem, kadang-kadang berlaku di luar." - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan