Arahan Tidak Buka Tender Pendaftaran Plat MCA Masih Berkuatkuasa

Diterbitkan: Jumaat, 24 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan pada Khamis berkata, arahan supaya tender nombor pendaftaran kenderaan bagi Melaka iaitu MCA 1 hingga MCA 9999 tidak dibuka untuk tawaran umum masih berkuatkuasa.

"Arahan tersebut masih berkuatkuasa sampai hari ini, dan tidak pernah ada arahan yang baru dariapada Datuk Seri Ong Tee Keat sepanjang masa beliau memegang sebagai Menteri (Pengangkutan)," katanya dalam satu kenyataan, di sini, Khamis.

Solah berkata, JPJ memerlukan arahan baru daripada menteri pengangkutan sekarang bagi membatalkan arahan menteri terdahulu untuk membolehkan nombor pendaftaran tersebut dibuka kepada umum.

Solah juga menegaskan bahawa JPJ telah menerima surat rasmi bertarikh 17 Feb lepas daripada setiausaha sulit kanan Ong yang ketika itu Menteri Pengangkutan yang mengarahkan supaya tender nombor pendaftaran MCA 1 hingga MCA 9999 tidak dibuka untuk tawaran umum.

Semalam, Ong berkata, memo mengenai nombor pendaftaran kenderaan itu dikhususkan untuk anggota parti MCA telah ditolaknya pada Mac lepas.

Kelmarin, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha dilapor berkata, beliau akan membatalkan arahan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan