49 Pelajar Sekolah Vokasional Seri Manjung Keracunan Makanan

Diterbitkan: Jumaat, 24 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Seramai 49 pelajar Sekolah Menengah Vokasional Seri Manjung dimasukkan ke Hospital Seri Manjung di sini akibat keracunan makanan dalam tempoh tiga hari berturut-turut, sejak Selasa lepas.

Jurucakap hospital itu berkata kesemua mereka yang terdiri daripada 35 pelajar lelaki dan 14 perempuan, mengalami sakit perut, muntah dan cirit-birit selepas dipercayai mengambil makanan tercemar di kantin sekolah pada Selasa dan Rabu lepas.

Beliau berkata dua daripada pelajar terbabit dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut, manakala selebihnya dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan pesakit luar.

Sebelum ini, difahamkan kejadian keracunan makanan pernah dilaporkan berlaku di sekolah sama pada Julai lepas, dan Jabatan Kesihatan telah mengarahkan kantinnya ditutup.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri Datuk Dr Mah Hang Soon ketika dihubungi Bernama berkata, siasatan telah dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian, dan tindakan akan diambil jika pengusaha kantin didapati melakukan kesalahan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan