1Malaysia Perlu Dijayakan Tanpa Batasan Politik - Rais

Diterbitkan: Jumaat, 24 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konsep 1Malaysia perlu dijayakan oleh semua pihak tanpa terhad kepada batasan politik, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, falsafah yang terkandung dalam gagasan itu adalah lanjutan daripada tamadun dan cara hidup rakyat sejak Merdeka di mana isian dan amalannya telah diterjemahkan kepada pelbagai dasar sehingga Malaysia dihormati di seluruh dunia.

"Oleh itu, 1Malaysia harus kita jayakan dalam apa saja program yang boleh difahami masyarakat walaupun pegangan politik kita. "Kita mesti menerima hakikat bahawa inilah negara dan tanah air yang memberi kehidupan buat semua dan kita seharusnya mempunyai tanggungjawab untuk memperelokkannya," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu bicara khas penghayatan Rukun Negara bersama Radio Klasik Nasional di Wisma Angkasapuri di sini, Jumaat.

Hadir sama Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ibrahim Yahya. Rais berkata, sebagai rakyat, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa falsafah kenegaraan seperti Rukun Negara, Gagasan 1Malaysia dan lagu Negaraku penting kepada pembentukan negara bangsa dan perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada kehidupan.

Sehubungan itu, beliau menggesa stesen-stesen radio lebih berperanan membangkitkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat berdasarkan tiga falsafah kenegaraan itu dalam rancangan terbitan masing-masing.

Beliau berkata, selama ini kebanyakan aktiviti dan perancangan kerajaan banyak ditonjolkan di televisyen berbanding radio sedangkan radio juga adalah satu medium yang sangat penting untuk pengaliran maklumat, khususnya menerusi pendengaran.

"Tetapi sebenarnya dalam zaman ini orang tidak suka dikhutbahkan...jadi mesej itu perlu dilunakkan supaya generasi muda, dewasa dan tua dapat sefahaman dalam menjayakan falsafah kenegaraan ini.

"Untuk itu semua saluran radio akan bangkit semula dengan menjuruskan pelbagai program yang akan membawa kita kepada kesedaran dengan mudah menerusi hiburan dan muzik," katanya.

Terdahulu dalam temubualnya bersama penyampai radio Klasik Nasional Khalim Rohani, Rais berkata, setelah lebih dua tahun diperkenalkan, tinjauan pihaknya mendapati gagasan 1Malaysia telah diterima dan difahami oleh sekitar 60 peratus rakyat Malaysia.

Beliau berkata, tinjauan Jabatan Penerangan itu juga menunjukkan rakyat melihat gagasan 1Malaysia sebagai satu jambatan baru kepada penyeberangan ke wilayah perjuangan negara yang baru.

Katanya walaupun terdapat beberapa pihak belum dapat menerima dan memahami erti bangsa dalam konteks 1Malaysia, kementeriannya akan terus mempelbagaikan usaha bagi memastikan rakyat memahami sepenuhnya falsafah kenegaraan tersebut.

"Jadi, dalam konteks itulah yang dipohon supaya kenegaraan bagi Malaysia menjurus kepada keteguhan masyarakat, kesatuan jiwa untuk mencintai negara dan dalam kepelbagaian agama, budaya dan fabrik sosial dapat bersama-sama membangunkan negara," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan