Suhakam Mahu Kuasa Bawa Kes Ke Mahkamah

Diterbitkan: Khamis, 23 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan mencadangkan sekali lagi kepada kerajaan agar ia diberi kuasa membawa ke mahkamah kes-kes tertentu melibatkan individu atau institusi yang melibatkan isu hak asasi manusia yang dipinggirkan.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata, perkara ini pernah dicadangkan dulu tetapi tidak menerima reaksi menggalakkan daripada kerajaan.

"Jadi kita akan bawa sekali lagi cadangan ini dan akan cuba mengadakan satu rangka kerja... masalahnya ini mungkin melibatkan melihat semula akta Suhakam untuk dipinda tapi bukan senang untuk dipinda," katanya kepada Bernama selepas melawat ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia itu bersama rombongan Suhakam di sini, Khamis.

Hasmy berkata, memandangkan perkara ini mengambil masa, Suhakam berharap sekurang-kurangnya buat permulaan dapat bertindak sebagai "Sahabat Mahkamah" atau "Friends of the Court" di mana dalam sesuatu isu hak asasi manusia, suruhanjaya itu boleh dijemput untuk memberi nasihat.

Menurutnya, perkara itu sedang dibincangkan dan ini mungkin tidak melibatkan sebarang pindaan Akta Suhakam.

Naib Pengerusi Suhakam Prof. Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata, pada masa ini tidak ada peruntukan undang-undang yang membolehkan Suhakam mencelah dalam prosiding mahkamah melibatkan kes hak asasi manusia.

Hasmy berkata Suhakam diberi mandat yang agak luas mendengar rayuan dari individu dan institusi tetapi masalahnya suruhanjaya yang ditubuhkan pada 1999 ini tidak ada kuasa untuk membawa kes ke mahkamah.

"Kita (hanya) mendengar, menyiasat dan membuat laporan dan mengetengahkan masalah kepada agensi kerajaan untuk tindakan susulan. Tapi tak boleh bawa ke mahkamah," katanya.

Beliau berkata, banyak cadangan telah diberikan oleh Suhakam sejak 10 tahun lepas, dengan separuh telah diambil tindakan tapi banyak lagi belum ada tindakan misalnya isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kebebasan akhbar serta kebebasan berhimpun.

Katanya, hak asasi manusia melibatkan setiap orang, bermula dari kanak-kanak sehingga orang tua dan dalam hal ini Suhakam akan berusaha dengan media seperti Bernama mengetengahkan isu-isu ini supaya setiap anggota masyarakat Malaysia mengetahui hak asasi masing-masing dan dapat mempertahankannya.

Menurut Hasmy, semakin bertambah rakyat menggunakan saluran Suhakam untuk menyampaikan pelbagai rungutan, namun kekeliruan masih wujud sehingga isu-isu peribadi turut disalurkan kepada suruhanjaya itu.

Beliau berkata, memandangkan isu-isu yang ditangani Suhakam begitu luas, ia perlu meletakkan keutamaan dalam menggerakkan agenda hak asasi manusia di negara ini.

Menurutnya, dalam Malaysia mengejar matlamat negara maju menjelang 2020, isu hak asasi manusia perlu diberi keutamaan kerana di negara-negara maju di Eropah, kemajuan dan pembangunan juga diukur dari segi sejauh mana kemajuan dalam bidang hak asasi manusia.

"Di sinilah Suhakam boleh membantu menggalakkan seluruh negara...dengan melibatkan kepimpinan, kerajaan dan agensi penguatkuasa, masyarakat madani dan media tentang isu hak asasi manusia".

Beliau berkata, apa jua cadangan bagi meminda ISA, ia harus selaras dengan standard hak asasi manusia.

Bekas diplomat veteran itu berkata, berdasarkan pengalaman luasnya di seberang laut, beliau melihat isu hak asasi manusia Malaysia masih boleh ditambahbaik walaupun kejayaan ekonominya disanjungi banyak pihak. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan