Setem Tampil Gaya Hidup Orang Asli Mula Dijual Isnin Ini

Diterbitkan: Khamis, 23 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Setiausaha, Pengurusan Transformasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad, Noraini Mohd Salleh menunjukkan koleksi setem terbaru yang menampilkan gaya hidup Orang Asli. - Foto UTUSAN
Setiausaha, Pengurusan Transformasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad, Noraini Mohd Salleh menunjukkan koleksi setem terbaru yang menampilkan gaya hidup Orang Asli. - Foto UTUSAN

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad bakal mengeluarkan koleksi setem dan Sampul Surat Hari Pertama yang julung kali menampilkan gaya hidup Orang Asli mulai Isnin ini.

Keluaran setem tersebut yang merupakan keluaran ke-12 tahun ini mengetengahkan keunikan budaya dan gaya hidup masyarakat orang asli daripada beberapa kumpulan etnik utama iaitu Proto-Melayu, Negrito dan Senoi.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Berhad, Yasmin Ramli berkata, koleksi tersebut juga adalah sebahagian daripada usaha untuk mempamerkan kepelbagaian kumpulan etnik Orang Asli yang tinggal di Malaysia serta menghargai budaya mereka.

"Orang Asli dilihat amat penting dalam masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Oleh itu, Pos Malaysia Berhad mengambil inisiatif untuk memperkenalkan gaya hidup mereka bagi meningkatkan pengetahuan dalam dan luar negara," katanya pada sidang akhbar, Khamis.

Setem tersebut berukuran 35 milimeter (mm) x 35 mm dan dicetak sebanyak 20 keping pada setiap helaian pada kertas Tera Air SPM bersalut fosfor dengan denominasi 60 sen, 70 sen dan 80 sen sekeping.

Setem yang memperkenalkan etnik Proto-Melayu dijual pada harga 60 sen sekeping, manakala Negrito (70 sen sekeping) dan Senoi (80 sen sekeping). Sampul surat hari pertama dijual pada harga 30 sen manakala folder, RM5.50.

Mengulas lanjut, Yasmin berkata, setem kaum Proto-Melayu memaparkan dua wanita etnik itu yang sedang memainkan alat muzik tradisional dikenali sebagai 'Ketuk Buluh'.

Katanya, setem kaum Negrito menggambarkan seorang lelaki Negrito memburu dengan sumpitnya.

"Setem etnik Senoi pula menggambarkan seorang lelaki kaum itu sedang mengukir kayu," katanya sambil menambah pihaknya turut mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dalam memahami gaya hidup Orang Asli.

Yasmin menambah, Pos Malaysia Berhad mencetak sebanyak 350,000 keping setem etnik Proto-Melayu, 130,000 keping setem (etnik Negrito) dan 100,000 keping setem (etnik Senoi).

Setem dan sampul surat hari pertama boleh didapati di semua pejabat pos. Folder hanya terdapat di pejabat pos pos terpilih.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan