Saman Ops Sikap Di Laluan Sakaratul Maut Di Kelantan Menurun

Diterbitkan: Khamis, 23 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Ops Sikap Ke-12 yang dijalankan di laluan ‘Sakaratul maut’ di negeri ini sepanjang 16 hari operasi itu menyaksikan penurunan saman sebanyak 246 berbanding tahun lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Abdul Ghani Che Kassim berkata, JPJ Kelantan telah mengeluarkan sebanyak 229 saman pada Ops Sikap itu berbanding 475 saman tahun lalu.

"Daripada jumlah itu antaranya sebanyak 51 saman dikeluarkan kepada pemilik motosikal, 95 kepada pemilik motokar, tujuh bagi bas persiaran, 34 saman kepada Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) iaitu lori kecil kurang 5,000 kilogram dan 35 saman bagi KPB melebihi 5,000 kilogram (lori besar) dan beberapa kesalahan lain," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata, saman paling banyak dikeluarkan pihaknya adalah kepada kepada motokar berdasarkan beberapa kesalahan iaitu memotong garisan berkembar sebanyak 45 kes, 15 kes melibatkan penggunaan telefon bimbit semasa memandu dan 15 kes bagi kesalahan lain termasuk tidak mempunyai lesen memandu atau lesen tamat (LKM).

"Bagi kes melibatkan motosikal, saman dikeluarkan adalah melalui kesalahan tidak memakai topi keledar dengan 42 kes dan bagi pemandu tiada lesen memandu, 9 saman dikeluarkan kepada motosikal dan 11 motokar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan