Bayar PTPTN Melalui Potongan Gaji Dijangka Bermula Pada 2013

Diterbitkan: Khamis, 23 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINTOK: Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemotongan gaji dijangka hanya dapat dilaksanakan pada 2013.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana pelbagai kajian serta rundingan perlu dilakukan demi kepentingan semua pihak sebelum ia dapat dilaksana.

"Apa yang disiarkan media mengenai pemotongan gaji bermula Jun 2011 adalah salah kerana pada tarikh itu kita jangka rundingan mengenainya baru selesai.

"Selepas rundingan itu selesai pertengahan tahun depan, kita kena bentang pada Kabinet dan pinda undang-undang bertepatan sebelum melaksanakannya," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata walaupun pada dasarnya kerajaan telah bersetuju dengan kaedah mewajibkan bayaran balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun masa yang sebenarnya belum ditetapkan.

Malah kata Mohamed Khaled, jika dilaksanakan ia mungkin hanya diwajibkan ke atas peminjam baru manakala bayaran balik peminjam lama adalah mengikut kaedah sedia ada.

Selain itu kata beliau, pihaknya juga akan menetapkan gaji minima bagi membolehkan pemotongan dibuat.

Baru-baru ini PTPTN dilapor akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan.

Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said dilapor berkata semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui LHDN.

Sementara itu, mengenai rungutan sesetengah peminjam bahawa mereka masih menanggung kos pentadbiran sebanyak tiga peratus walaupun PTPTN telah mengurangkannya kepada satu peratus, Mohamed Khaled berkata langkah penyeragaman tersebut akan mengambil masa.

Ini kerana katanya, PTPTN terpaksa menyemak satu persatu dokumen lebih 1.5 juta peminjam.

"Setiap peminjam buat bayaran tak sama, ada yang lebih ada yang kurang, jadi kita kena kira satu-satu sebab tu ambil masa sikit nak tukar dari tiga peratus kepada satu peratus.

"Yang penting jangan risau sebab caj satu peratus itu memang telah dilaksanakan," katanya.

Mohamed Khaled sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Universiti Utara Malaysia dan University of Nottingham, Malaysia Campus. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan