Tindakan Indonesia Tidak Timbul Implikasi Terhadap Malaysia - Subramaniam

Diterbitkan: Rabu, 22 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tindakan terbaru kerajaan Indonesia melarang pembantu rumah negara itu bekerja di Malaysia tidak akan menimbulkan implikasi terhadap negara ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata kerajaan Indonesia sebenarnya tidak pernah membatalkan larangan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia, yang dikuatkuasakan sejak tahun lepas.

"Kenyataan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar itu bertujuan memberitahu rakyatnya bahawa kerajaan mereka menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negara.

"Malaysia menghormati kenyataan Indonesia mengenai pembekuan itu yang bertujuan melindungi rakyat negara mereka," katanya kepada pemberita dalam majlis muhibah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama pemimpin agama sempena sambutan Hari Malaysia di sini, Rabu.

Dalam laporan akhbar, Muhaimin dipetik sebagai berkata calon pembantu rumah dari Indonesia dilarang bekerja di Malaysia sehingga mereka mendapat perlindungan sewajarnya.

Kenyataan itu adalah reaksi kepada kejadian terbaru penganiayaan terhadap pembantu rumah Indonesia bernama Winfaedah di Malaysia pada 13 September lepas.

Mangsa dilaporkan dipukul, diseterika di dada dan dirogol sehingga menyebabkan kecederaan di seluruh badan.

Subramaniam berkata kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan segera ke atas majikan dan ejen yang bertanggungjawab dalam kes penderaan tersebut.

Beliau berkata seperti biasa, Indonesia akan menunjukkan reaksi setiap kali berlakunya kes penderaan pembantu rumah dari negara berkenaan.

"Saya mahu tegaskan bahawa kerajaan menjaga kebajikan dan keselamatan setiap pekerja asing termasuk dari Indonesia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan