Pesawat TUDM Tergelincir Di LTSM

Diterbitkan: Rabu, 22 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) DA90 (Falcon) terkandas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), disebabkan tayarnya pecah ketika melakukan pendaratan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan TUDM di sini Rabu, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.25 pagi tadi, ketika pesawat dari No 2 Skuadron itu menjalani latihan penerbangan.

Juruterbang telah bertindak pantas memberhentikan pesawat berkenaan yang berjaya mengelak berlakunya sebarang kerosakan lain, katanya.

Akibat kejadian itu, landasan telah ditutup sehingga pukul 1 petang.

Pasukan Teknikal yang tiba di lokasi kejadian telah berjaya menukar tayar tersebut dan pesawat akan diterbangkan kembali ke Pangkalan Udara Subang, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan