Pengundi Baru Tidak Layak Mengundi Jika Pilihan Raya Umum Diadakan Awal Tahun Depan - SPR

Diterbitkan: Rabu, 22 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Para pengundi baru yang mendaftar tahun ini tidak layak mengundi sekiranya pilihanraya umum diadakan awal tahun hadapan, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Pulau Pinang, Selasa.

Kata Morat Pora, ini adalah kerana proses pengesahan daftar pemilih yang baru hanya boleh disiapkan dalam tempoh empat ke lima bulan.

Maka atas sebab itulah, katanya, orang ramai perlu mengambil kira tempoh tersebut dan mendaftar awal jika tidak tertinggal dalam proses mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Morat berkata, SPR akan mengemaskinikan daftar pemilih yang baru setiap suku tahun dengan menyaring nama-nama yang didaftarkan terlebih dahulu sebelum mempamerkannya sebelum mengesahkan senarai daftar pemilihan tersebut.

“Sudah tentulah proses ini semua akan memakan masa selama beberapa bulan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng berkata, pihaknya sedang mempergiatkan usaha untuk mendaftar para pengundi baru di negeri itu.

Katanya, proses mendaftarkan pengundi baru tidak seharusnya terhenti hanya kerana sesetengah orang berpendapat tidak perlu lagi mendaftar kerana jika pilihan raya umum diadakan awal tahun hadapan mereka tidak akan layak mengundi.

“Ia adalah satu proses sepanjang tahun dan dalam hubungan ini Pergerakan Pemuda BN Negeri akan melancarkan semula program pendaftaran pengundi barunya semasa rumah terbuka Hari Raya yang akan diadakan pada 10 Oktober depan.

H’ng, yang juga Naib Ketua Pemuda Gerakan Negeri berkata, BN kini sedang berusaha keras untuk mendaftar pengundi baru sepanjang tahun dan dalam hubungan ini mengakui Umno telah berjaya melakukan tugas ini dengan cemerlang dengan program dari flat ke flat untuk mendaftar pengundi baru.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan