Paris Hilton Batal Lawatan Ke Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 22 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selebriti Amerika Syarikat Paris Hilton telah membatalkan rancangan untuk melawat negara ini esok selepas dilarang memasuki Jepun, Rabu.

Aktres dan penyanyi berusia 29 tahun itu dalam laman Twitternya berkata beliau berlepas pulang selepas pihak berkuasa Jepun menahan beliau daripada melawat negara itu ekoran menghadapi pertuduhan memiliki dadah di Las Vegas.

"Saya sudah hendak berlepas. Balik ke rumah sekarang. Sangat kecewa kerana terlepas peluang untuk menemui peminat di Asia. Saya berjanji akan datang semula tidak lama lagi. Saya sayang anda semua! Sayang, Paris," kata beliau dalam laman Twitternya sebelum berlepas dari Jepun.

Di Kuala Lumpur, beliau dijadual melancarkan pewangi terbarunya yang diberi nama Tease dan beg tangan Paris Hilton koleksi musim gugur/sejuk 2010 di Pavilion Kuala Lumpur.

Tokyo merupakan perhentian pertama beliau dalam rancangan jelajah Asia yang mana beliau dijadual melawat Kuala Lumpur dan akan merasmikan pembukaan butiknya di Jakarta.

Laporan berita antarabangsa memetik pegawai seranta Hilton, Dawn Miller sebagai berkata selebriti itu merancang untuk mengadakan lawatan itu pada tarikh lain.

"Paris sangat kecewa dan berhasrat untuk memenuhi komitmen perniagaannya dan menemui peminat beliau, tetapi beliau dipaksa untuk menangguhkan komitmennya di Asia," kata Miller. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan