MBKT Timbang 20 Permohonan Pusat Karaoke Baru - Berita Semasa | mStar

MBKT Timbang 20 Permohonan Pusat Karaoke Baru

Diterbitkan: Rabu, 22 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jumlah pusat karaoke di bandar ini dijangka bertambah berikutan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kini dalam proses menimbang sekurang-kurangnya 20 permohonan baru.

Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Adzlan Mohd Dagang berkata sehingga kini pihaknya telah meluluskan operasi tujuh pusat karaoke di bandar ini.

"Untuk permohonan baru, tiada masalah untuk kita luluskan sekiranya permohonan dibuat mengikut kriteria yang ditetapkan," katanya. Adzlan berkata antara kriteria yang ditetapkan ialah pusat karaoke itu tidak terletak dalam kawasan perumahan, tempat ibadat dan sekolah.

Beliau berkata dalam masa tiga bulan dari sekarang, MBKT akan mengadakan operasi untuk memastikan pusat karaoke sedia ada mematuhi syarat lesen termasuk menghentikan operasi bagi menghormati waktu solat. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan