Indonesia Wajar Percepatkan MOU Pembantu Rumah, Kata PAPA

Diterbitkan: Rabu, 22 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Indonesia wajar mempercepatkan proses menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysia berkenaan penghantaran pembantu rumah ke negara ini bagi memastikan mereka mendapat perlindungan undang-undang. Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) Alwi Bavutty berkata MoU itu akan membolehkan pembantu rumah Indonesia datang ke negara ini secara sah.

"MoU itu adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah seperti pekerja tanpa izin dan kes dera, walaupun jumlah kes tidak tinggi," katanya.

Katanya penangguhan yang berterusan dalam memuktamadkan MoU itu akan menyumbang kepada kemasukan pembantu rumah secara tidak sah selepas republik tersebut menggantung penghantaran amah mereka ke Malaysia pada Jun tahun lepas.

"Ada sesetengah pembantu rumah Indonesia datang ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial dan mereka lebih suka bekerja di sini tanpa mengikut prosedur kerana budaya dan suasana di sini serta jarak yang tidak jauh dengan negara mereka, berbanding negara lain," katanya.

Semalam, Menteri Buruh dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar dilaporkan berkata pembantu rumah negara itu dilarang pergi ke Malaysia sehingga kerajaan republik dapat memastikan keselamatan mereka.

Kenyataan itu susulan laporan seorang pembantu rumah Indonesia, Winfaedah, 26 didera secara fizikal dan seksual oleh majikannya di Pulau Pinang sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

Beliau berkata persatuan itu juga menyokong rancangan di bawah Program Transformasi Ekonomi yang mewajibkan semua pekerja asing dilindungi dengan insurans. Malah katanya, Papa telah mewujudkan skim insurans khas untuk pembantu rumah dengan perlindungan yang lebih baik selain kadar premium yang lebih rendah berbanding skim-skim lain. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan