Denggi Di Kelantan Masih Kritikal, 33 Lokaliti Wabak Aktif Dikesan

Diterbitkan: Rabu, 22 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Wabak denggi di Kelantan dilaporkan masih kritikal apabila 33 daripada 177 lokaliti di negeri ini masih dikesan aktif dan berada di dalam fasa pemantauan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK), Dr Mohd Kamil Hassan berkata sehingga berakhir minggu ke-37 pada 18 September lalu, daerah Kota Baharu masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 949 kes diikuti daerah Pasir Mas iaitu 717 kes.

"Sehingga 18 September lalu, sejumlah 2,700 kes demam denggi direkodkan di negeri ini, meningkat sebanyak 1,816 kes atau 205 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

"Sepanjang tempoh tersebut juga, sebanyak 177 lokaliti wabak telah berlaku di mana 144 daripadanya telah berjaya dikawal dan 33 lagi masih aktif atau dalam fasa pemantauan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata analisis pecahan kes pula menunjukkan 94 peratus daripada kes denggi dihidapi oleh kaum Melayu dan 58 peratus daripadanya adalah lelaki dan 72 peratus dikesan tinggal di luar bandar.

"Sejumlah 11 peratus terdiri dari kes import (berasal dari luar Kelantan) dan sebanyak 49 peratus daripada kes itu adalah dari kategori usia produktif iaitu 20 sehingga 50 tahun dan 25 peratus adalah pelajar sekolah," katanya.

Dr Kamil berkata sehingga kini sebanyak 50 pasukan kawalan digerakkan terdiri daripada hampir 400 orang anggota kerja lapangan seperti Pakar Kesihatan Awam, Penolong/Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP), Pembantu Kesihatan Awam (PKA) dan Pekerja Rendah Am (PRA).

"Selain itu, sejumlah 143 mesin fogging dan 20 buah mesin Ultra Low Volume (ULV) digunakan termasuk yang dipinjamkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lebih 280 sesi gotong royong telah dianjurkan di seluruh negeri melibatkan semua pihak dan jabatan kerajaan dan swasta bagi membendung wabak berkenaan daripada terus merebak," katanya.

Beliau berkata penyelarasan kerja-kerja kawalan antara jabatan dilaksanakan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan dan bagi membantu perancangan kerja lebih berkesan, maklumat kedudukan terkini kes dan lokaliti wabak dihantar setiap hari ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), MKN Kelantan dan semua Pejabat Tanah dan Jajahan di negeri ini.

Selain itu, katanya, kes kematian akibat wabak berkenaan di negeri ini kekal sembilan orang dengan satu kes terbaru berlaku pada bulan ini yang disyaki denggi tetapi belum disahkan sepenuhnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan