TI Malaysia Minta Pemilihan PKR Dijalankan Secara Bersih

Diterbitkan: Selasa, 21 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Transparency International Malaysia (TI-M) meminta pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadual berlangsung November ini, dijalankan dalam suasana adil, bertanggungjawab dan bebas daripada politik wang.

Presidennya Datuk Paul Low Seng Kuan berkata ia bagi memastikan calon yang dipilih adalah berdasarkan integriti, kemampuan dan komitmen mereka berkhidmat kepada rakyat tanpa pengaruh wang.

"Rakyat sedang melihat dengan teliti, oleh itu, sekiranya PKR mengamalkan tadbir urus yang bersih, bertanggungjawab dan telus, semua calonnya mesti cakap serupa bikin (konsisten dengan janji mereka, perkataan serta perbuatan) dan berupaya menahan diri daripada mengamalkan politik wang," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

TI Malaysia, sebuah syarikat akreditasi yang berpangkalan di Berlin, Jerman ialah sebuah badan bukan kerajaan bagi memerangi rasuah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Low berkata pemilihan parti PKR yang dijadualkan November ini akan dipantau dengab teliti oleh mereka yang berminat untuk mengetahui keputusannya atau proses berkenaan sebagai satu petunjuk sama ada ia boleh dipercayai bagi menubuhkan kerajaan yang berwibawa.

Minat itu bukan hanya terhadap siapa yang bertanding bagi sesuatu jawatan, tetapi juga terhadap pengendalian keseluruhan proses pemilihan, kerana terlalu banyak pemilihan dalaman sesuatu parti dicemari politik wang, katanya.

"Politik wang ialah rasuah politik dan punca segala bentuk rasuah kerana ia bukan sahaja menjejaskan proses demokratik sesuatu pemilihan, malah menyebabkan calon terhutang budi kepada penaja mereka dan merosakkan rakyat," katanya.

Akhbar melaporkan hari ini bahawa naib presiden PKR Azmin Ali sebagai berkata penglibatan langsung ribuan anggota parti dalam memilih calon pada pemilihan PKR tidak akan mewujudkan sebarang bentuk rasuah atau politik wang.

Azmin masih mendahului senarai calon dengan memperoleh 35 pencalonan. diikuti anggota Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim (19), naib presiden Mustaffa Kamil (10) manakala pengarah strategi parti Tian Chua mendapat dua pencalonan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan