Suspek Utama Kes Bunuh Sosilawati Dibawa Semula Ke Firma Guamannya

Diterbitkan: Selasa, 21 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANTING: Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, sekali lagi dibawa ke pejabat firma guamannya di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, Selasa.

Suspek berusia 41 tahun itu kemudian turut dibawa ke kunci air Kampung Sungai Lang di sini, kira-kira tiga kilometer dari pejabatnya, dipercayai bagi mencari petunjuk baru kes pembunuhan itu.

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu itu dibawa oleh sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) pada pukul 2.25 petang dan 35 minit selepas itu, dua wanita dipercayai kakitangan peguam terbabit dilihat keluar dari pejabat berkenaan dengan memegang beberapa dokumen.

Pada pukul 3.05 petang, suspek dibawa keluar dari pejabatnya dan terus dibawa menaiki sebuah kereta polis.

Turut kelihatan seorang pegawai polis membawa keluar beberapa fail mengandungi dokumen dipercayai berkaitan dengan kes terbabit.

Sosilawati, 47, pemandu peribadinya Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Sehubungan itu, polis menahan lapan lelaki termasuk peguam terbabit bagi membantu siasatan kes itu.

Pada 14 September lepas, polis menggeledah pejabat suspek dan mengambil beberapa peralatan seperti CPU serta beberapa dokumen lain. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan