PNB Dijangka Umum Agihan Pendapatan AS1M Dua Hari Lagi

Diterbitkan: Selasa, 21 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) dijangka mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) dua hari lagi, kata Presiden dan Ketua Eksekutif kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Beliau berkata pihaknya percaya langganan AS1M dijangka meningkat selepas pengumuman agihan pendapatan itu.

"Langganan unit AS1M bertambah baik hari demi hari dan kita percaya ia akan meningkat selepas pengumuman agihan pendapatan dua hari lagi," katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada majlis pelancaran Sekolah Pengurusan Lepasan Ijazah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

AS1M, yang dilancarkan pada 31 Julai tahun lalu, merupakan dana berharga tetap RM1 seunit dengan bersaiz 10 bilion unit, yang dibuka penyertaannya kepada seluruh rakyat Malaysia, di mana 50 peratus diperuntukkan untuk bumiputera, 30 peratus untuk Cina, 15 peratus untuk India dan 5.0 peratus kepada kaum lain.

Dana itu merupakan dana kelima dilancarkan PNB selepas Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Didik dan Amanah Saham Wawasan 2020. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan