Penjawat Awam Perlu Amal Keterbukaan Jayakan Agenda Kerajaan - Najib

Diterbitkan: Selasa, 21 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata setiap penjawat awam perlu mengamalkan keterbukaan minda bagi memastikan matlamat dan agenda kerajaan tercapai.

Beliau berkata sikap keterbukaan itu perlu dalam usaha kerajaan menghadapi cabaran-cabaran bagi menjayakan empat tonggak utama iaitu konsep "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

"Keterbukaan itu bukan sahaja menerusi Rumah Terbuka Aidilfitri tetapi daripada segi pemikiran dan kaedah yang sesuai dengan keadaan semasa," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Misalnya, Najib berkata setiap agensi dan jabatan kerajaan tidak sepatutnya mementingkan pertambahan peruntukan semata-mata tetapi mengamalkan konsep pengurusan nilai supaya objektif kerajaan boleh dicapai dengan peruntukan yang kecil.

Perdana Menteri berkata mereka juga jangan melihat kepada pertambahan jawatan bagi mencapai sesuatu objektif sebaliknya menggunakan pegawai dan petugas sedia ada di samping menekankan tentang produktiviti.

"Kita tidak perlu melihat jumlah aktiviti (yang dilaksanakan) tetapi keberhasilannya. (Malah) kita tidak wajar melihat kepentingan jabatan kita sahaja tetapi keperluan keseluruhan kerajaan," katanya.

Perdana Menteri berkata dengan mengamalkan sikap keterbukaan itu akan menjadikan mereka sebagai penjawat awam yang lebih berdedikasi sekaligus dapat meningkatkan sumbangan kepada negara.

Mengulas sambutan Aidilfitri yang masih hangat diraikan, Najib berharap tradisi mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri yang unik itu, perlu diteruskan kerana ia menjadi wadah untuk memupuk silaturahim dan rasa persahabatan di kalangan rakyat di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan