Lupakan Sahaja Perpaduan Dengan PAS - Zam

Diterbitkan: Selasa, 21 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata perpaduan Umno dan Pas tidak akan menjamin kekuatan bangsa, sebaliknya tiga parti utama pengasas Barisan Nasional (BN) iaitu Umno, MCA serta MIC perlu memulihkan jati diri dengan tegas dan berani menerusi pendekatan baru, untuk menjamin masa depan negara.

"Umno seharusnya melupakan sahaja perpaduan Melayu menerusi Pas yang sejarahnya berakar umbi perkauman dan keagamaan dogmatik, sebaliknya bersama-sama dengan rakan-rakan sejatinya dalam BN menolak sentimen kaum masing-masing," katanya dalam temubual eksklusif kepada umno-online.com.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam berkata Umno, MCA, MIC dan parti komponen BN yang lain sewajarnya meneruskan kerjasama membina dan seharusnya tidak membicarakan isu sensitif secara terbuka kerana ia tidak akan memulihkan kekuatan parti.

"Sebaliknya akan tambah meluaskan perasaan tidak puas hati apabila sesuatu tuntutan tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan dengan segera, ataupun menghadapi halangan," katanya.

Beliau berkata BN juga harus menampakkan pemisahan identiti daripada golongan mencari kekuatan menerusi sentimen perkauman dan keagamaan dan di luar daripada formula serta nilai sosial yang telah diasaskan oleh parti Perikatan sejak sebelum merdeka.

Katanya, Umno dan BN mesti berani dan tegas mengimbangi kehendak yang munasabah serta realistik, selain tidak terikut-ikut dalam kerakusan pendemokrasian baru sehingga melupakan ancaman musuh sebenar.

Bagaimanapun, beliau berkata kekeliruan rakyat dalam hala tuju negara akan dapat diperbetulkan sekiranya semua parti komponan BN kembali kepada keperibadian asal dan jati diri, dengan hanya membuat pembaharuan pendekatan tanpa mengetepikan nilai asal serta kawalan sosial yang telah dibangunkan.

Zainuddin berkata perjuangan berasaskan ideologi, terutamanya agama, tidak mengenal tolak-ansur, bersifat keras serta wajah manis mereka adalah bersifat sementara dalam menunggu kesempatan dan kuasa.

"Ketika itu, tentu sudah terlewat untuk rakyat, kerana yang sesal dahulu pendapatan, dan sesal kemudian tak ada gunanya," kata beliau. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan