Keluarga Pemandu Peribadi Sosilawati Masih Berharap - Berita Semasa | mStar

Keluarga Pemandu Peribadi Sosilawati Masih Berharap

Diterbitkan: Selasa, 21 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Keluarga pemandu peribadi Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shansuddin masih berharap keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijangka diketahui dalam tempoh seminggu lagi, bukan milik mangsa.

Kakak mangsa, Ramlah Shansuddin, 49, berkata anggota keluarga Kamaruddin kini menanti penuh debaran akan keputusan laporan DNA berkenaan.

"Tak tahu nak cakap sebab kita pun berdebar juga, harap-harap bukan dia.

"Tetapi kalau sekiranya dia (Kamaruddin) yang dimaksudkan, kami sekeluarga kenalah reda," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di kediamannya di Indera Mahkota di sini, hari ini.

Sosilawati dan Kamaruddin, 44, bersama pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dipercayai dibunuh selepas dilaporkan hilang ketika urus niaga tanah di Banting, Selangor pada 30 Ogos lepas.

Sementara itu, Tengku Abdullah berharap mangsa terlibat dalam kes pembunuhan sangat kejam dan dahsyat itu mendapat pengadilan sewajarnya.

Tengku Abdullah bertitah baginda sebelum ini tidak mengetahui Kamaruddin menetap di Pahang manakala ibu Kamaruddin, Zainab Ahmad, 73, pernah bekerja dengan keluarga baginda.

Baginda turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Sosilawati yang pernah dianugerahkan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pingat kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan