Jenapala Cabar Saifuddin Buktikan Pemecatan

Diterbitkan: Selasa, 21 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Konflik berhubung kelayakan P. Jenapala bertanding pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) November ini terus berlarutan apabila bekas Timbalan Presiden parti itu mempersoalkan kesahihan pemecatannya seperti yang didakwa Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution.

Malah beliau mencabar supaya Saifuddin mengemukakan bukti pemecatannya dalam tempoh 24 jam.

"Sekarang saya nak cabar mereka (PKR), saya mahu Saifuddin kemukakan bukti pemecatan saya.

"Saya beri tempoh selama 24 jam untuk beliau berikan dokumen bagi membuktikan dakwaan yang mengatakan saya dipecat pada Februari 2009," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Sekiranya Saifuddin gagal berbuat demikian, beliau akan membuat aduan berhubung perkara berkenaan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan seterusnya mengambil tindakan perundangan terhadapnya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Saifuddin berhubung kedudukan Jenapala yang dipecat daripada PKR tahun lalu dan sekaligus tidak melayakkan beliau untuk dicalonkan pada pemilihan parti itu nanti.

Malah Saifuddin turut membidas tindakan Jenapala mempertikai dan mengkritik kewibawaan pemilihan PKR dan menyifatkan semua tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas.

Sebelum ini pada Isnin beliau mendedahkan wujudnya salah guna kuasa dan penggunaan jentera kerajaan negeri oleh sesetengah calon yang menawarkan diri pada pemilihan parti itu.

Mengulas lanjut, Jenapala yang menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden berkata, sebarang pemecatan keanggotaan parti perlu dibincangkan dan dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

"Saya mahu Saifuddin menyatakan tarikh dan masa mesyuarat MPP diadakan bagi menentukan nasib saya itu.

"Saya juga ingin ingatkan Saifuddin bahawa saya masih berpengaruh dalam parti dan sesetengah daripada mereka berada dalam MPP," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan