Pihak Bertelagah Dalam Gerakan P. Pinang Diminta Selesai Perbalahan Segera

Diterbitkan: Isnin, 20 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak-pihak yang bertelagah dalam parti Gerakan Pulau Pinang perlu duduk berbincang dan menyelesaikan perbalahan mereka secara baik dengan segera, kata naib presiden parti Datuk Mah Siew Keong.

Beliau berkata kepimpinan parti itu berharap pihak-pihak berkenaan boleh menyelesaikan sebarang perselisihan faham, supaya parti tidak perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam masa terdekat.

"Semua pihak perlu duduk berbincang dan selesaikan perbalahan kerana parti kini berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antara sekarang sehingga 27 September ini jika mereka dapat capai penyelesaian, EGM tidak perlu diadakan lagi," katanya dalam satu temu ramah di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian semasa mengulas tindakan satu kumpulan anggota parti yang menamakan diri mereka sebagai "suara akar umbi" yang bertindak memanggil EGM pada 10 Oktober ini, bagi melucutkan jawatan Datuk Dr Teng Hock Nam sebagai pengerusi Gerakan negeri yang dilantik.

Kepimpinan tertinggi Gerakan sebelum ini menubuhkan pasukan perunding yang terdiri daripada empat anggota diketuai Mah, untuk bertemu dengan pihak-pihak yang bertelagah dalam Gerakan Pulau Pinang bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengelak EGM itu.

Lain-lain anggota pasukan itu ialah naib presiden A. Kohilan Pillay, Ketua Pemuda Lim Si Pin dan anggota jawatankuasa Pusat Datuk Gooi Hoe Hin, dan mereka dijadualkan memulakan tugas mereka Rabu ini.

Mah berkata anggota parti di Pulau Pinang tidak seharusnya berpecah belah dan membenarkan pihak luar mengambil kesempatan terhadap keadaan itu.

"Malah ketika ini ada gesaan supaya Gerakan menyerahkan semua kawasannya di Pulau Pinang, selain gesaan supaya Gerakan menyerahkan kedudukannya sebagai pengerusi BN Negeri," katanya.

"Apa pun Gerakan masih parti terbaik menerajui negeri, namun jika anggota dilihat bergaduh sesama sendiri, ia kan memberi peluang kepada orang luar mendesak parti supaya menyerahkan kawasan pilihan rayanya kepada pihak lain. Seperti yang dijelaskan oleh slogan Gerakan, anggota perlu 'Satu Hati'," tambahnya.

Bagaimanapun beberapa perwakilan dari kumpulan itu ketka dihubungi hari ini berkata mereka masih bertekad untuk meneruskan EGM pada 10 Oktober ini bagi menyingkir Dr Teng. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan