PIBGN Cadang Wujud Laman Web, Teleaduan Buli

Diterbitkan: Isnin, 20 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menyarankan Kementerian Pelajaran supaya mengarahkan semua sekolah bukan sahaja mewujudkan peti aduan buli dalam usaha mencegah dan menangani gejala tersebut di sekolah masing-masing bahkan laman web serta hotline (teleaduan) untuk tujuan yang sama.

Presidennya, Prof. Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, saluran aduan tersebut haruslah merangkumi semua aspek termasuk disiplin, kebersihan, keselamatan serta aktiviti-aktiviti pelajar.

"Kita mahu semua sekolah mengamalkan pendekatan telus dalam soal menangani aduan yang diterima.

"Ini bermakna aduan yang diterima hendaklah mudah diakses oleh ibu bapa, komuniti masyarakat bagi tujuan penambahbaikan sekolah," katanya kepada mStar Online Isnin.

Dr Mohamad berkata, untuk memastikan keberkesanannya, aduan tersebut dibincangkan dan dilaporkan dalam mesyuarat bulanan serta tahunan PIBG.

Katanya, pihak sekolah perlu memaklumkan tindakan susulan terhadap aduan yang diterima misalnya melalui papan kenyataan PIBG.

"Menerusi pendekatan bersama itu, tidak wujud situasi sekolah menyembunyikan apa-apa aduan," jelasnya.

Semalam, Kementerian Pelajaran mengarahkan semua sekolah mewujudkan peti aduan buli dalam usaha mencegah dan menangani gejala tersebut di sekolah masing-masing.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, arahan tersebut penting bagi memudahkan mangsa mengemukakan aduan dan siasatan manakala tindakan juga dapat dilaksanakan segera.

Sementara itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Loke Yim Pheng berkata, pihaknya mengalu-alukan langkah mewujudkan peti aduan buli di sekolah.

"Sesetengah kanak-kanak yang dibuli berasa takut untuk mengadu kerana bimbang dipukul serta didera oleh individu serta kumpulan pembuli.

"Langkah terbaru itu pastinya membantu menangani gejala buli di sekolah-sekolah," katanya.

Tambah beliau, idea tersebut bukan baru malah telah lama diwar-warkan.

Bagaimanapun katanya, ia gagal dipraktikkan sepenuhnya kerana ia bukan merupakan satu arahan daripada Kementerian.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan