Perhilitan Akan Dirombak

Diterbitkan: Isnin, 20 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan dirombak secara besar-besaran bagi membawa keluar pegawai yang didapati bersubahat dengan peniaga haram hidupan liar.

Rombakan itu dilakukan setelah jabatan itu dikatakan terlibat pelbagai tuduhan rasuah melibatkan pegawai penguatkuasanya rentetan daripada penangkapan peniaga hidupan liar terkenal Anson Wong baru-baru ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas berkata, ini adalah antara langkah yang diambil untuk mengurangkan penyelewengan dan meningkatkan penguatkuasaan di jabatan itu, yang telah telah dikritik hebat dari penyokong pemuliharaan.

“Kami telah menubuhkan satu audit dalaman yang bertujuan untuk menkaji semula piawaian prosedur pengendalian, perundangan dan struktur jabatan,” katanya.

Ditanya mengenai adakah benar ada di kalangan pegawai Perhilitan telah membantu peniaga haram hidupan liar, Uggah berkata: “Itu adalah beberapa isu yang sedang kami perhatikan.

“Kami tidak akan membiarkan sesiapa yang melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Tindakan tegas akan diambil.”

Uggah, yang mengetahui aktiviti perdagangan hidupan liar haram adalah satu perniagaan menguntungkan, menyeru orang awam untuk tampil ke hadapan jika mereka mempunyai bukti berkaitan aktiviti itu supaya tindak boleh diambil.

Dia berkata pakar dan pertubuhan bukan kerajaan akan dibawa sebagai sebahagian daripada proses semasa semakan semula prosedur sedia ada di jabatan itu.

Kementerian, terutamanya Perhilitan, telah dikritik dengan hebat berikutan penangkapan Wong yang mencuba untuk menyeludup keluar 95 ekor ular tanpa permit.

Wong, yang ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 26 Ogos lalu semasa transit dari Pulau Pinang ke Jakarta, telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan didenda RM190,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang 6 September lalu.

Bagaimanapun, kebanyakan kumpulan penyokong alam sekitar tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Wong sebelum ini pernah dijatuhkan hukuman penjara 71 bulan di Amerika Syarikat kerana menjalankan aktiviti pengedaran hidupan liar secara haram.

Pejabat Peguam Negara bagaimanapun telah merayu terhadap hukuman untuk kesalahan baru.

Berikutan penangkapan Wong, Pengarah Perhilitan Pulau Pinang dilaporkan telah ditukarkan ke negeri lain berkuat kuasa 1 Oktober depan.

Majalah antarabangsa seperti National Geographic telah menggelar Malaysia dalam artikel mereka sebagai yang dipanggil “hab” untuk pengedaran hidupan liar secara haram.

Uggah berkata kementerian itu sedang bekerjasama dengan beberapa agensi, termasuk Rela, ketenteraan, polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim dalam memperkemaskan penguatkuasaan menentang perdagangan hidupan liar secara haram.

“Kami mahu mengenal pasti tempat panas dan kedai yang digunakan sebagai tempat haram untuk membawa masuk dan keluar haiwan-haiwan itu. Kami telah dituduh sebagai hub kepada penyeludupan hidupan liar, tetapi jika diteliti kami bukan seperti yang didakwa," katanya.

Uggah menambah, tindakan tegas akan diambil bagi menentang mereka yang mengendalikan zoo tanpa lesen untuk menghalang daripada jenayah ini akan terus berlaku pada masa hadapan.

“Buat masa sekarang, tiada undang-undang yang membenarkan kami untuk memberi lesen kepada zoo. Maka, banyak daripada zoo yang terdapat di negara ini beroperasi secara haram.

“Akta (Pemuliharaan Hidupan Liar) yang baru akan memberi kuasa kami untuk melesenkan zoo supaya ia patuh kepada piawaian zoo antarabangsa.

"Jika kami tidak gembira dengan mana-mana zoo, kami boleh mengambil tindakan,” katanya, menambah Akta itu dijangka akan diwartakan dan dikuatkuasakan akhir tahun ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan