Perak Cadang Perkhidmatan Kereta Api Hubungkan Ipoh-Lumut Diwujudkan

Diterbitkan: Isnin, 20 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Kementerian Pengangkutan akan diminta mengkaji kemungkinan mewujudkan perkhidmatan kereta api menghubungkan Ipoh dan Lumut bagi merancakkan pembangunan, terutama di sekitar daerah Manjung, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Idea (perkhidmatan kereta api) ini dicadangkan oleh saya berikutan kepesatan pembangunan di daerah Manjung dan Lumut khasnya, yang memerlukan satu lagi perkhidmatan pengangkutan yang cekap dan pantas," katanya.

Beliau berkata perkhidmatan itu berupaya membawa lebih ramai pelancong ke Zon Pelancongan Lumut-Pangkor, selain menjadi pengangkutan alternatif barangan keluar masuk di Pelabuhan Lumut.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup Kem Motivasi Pelajar di SJKT Mukim Pundut di sini, Dr Zambry berkata cadangan itu telah diutarakan kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, yang juga anggota Parlimen Lumut.

"Kita berharap cadangan itu akan dikaji secepat mungkin supaya pelaksanaannya dapat dilakukan dengan segera.

"Perkara ini, walaupun hanya cadangan, tetapi saya mengambil serius kerana Lumut sememangnya sebuah lokasi pelabuhan dan memerlukan sebuah perkhidmatan pengangkutan seperti kereta api yang cekap," katanya.

Beliau berkata Manjung kini merupakan daerah paling pesat membangun di Perak dan dengan kewujudan kemudahan pengangkutan seperti itu, ia bakal merancakkan lagi pembangunannya, terutama dalam sektor pelancongan.

Dr Zambry berkata bandar Lumut dan Pulau Pangkor pula bukan sahaja terkenal sebagai pusat pelancongan, malah memiliki sebuah pelabuhan penting dan semakin sibuk.

"Perkhidmatan kereta api itu nanti akan memudahkan mereka (pelancong) untuk terus ke Lumut tanpa perlu berdepan dengan kesesakan jalan raya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan