Pemilihan PKR: Nurul Izzah Akui Wujud Pertentangan Pendapat Dalam Keluarga

Diterbitkan: Isnin, 20 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengakui wujud perbezaan pendapat dalam keluarganya terutama berhubung perebutan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu November ini.

Bagaimanapun beliau menyifatkan perbezaan berkenaan tidak boleh digambarkan sebagai 'konflik keluarga' seperti yang diperkatakan banyak pihak.

"Memang wujud perbezaan pendapat dalam keluraga saya, tapi tidaklah sampai ke tahap yang boleh digambarkan sebagai konflik.

"Umpamanya berbeza pandangan dari segi soal dasar, ia adalah perkara biasa dan perkara berkenaan selaras dengan hak kebebasan bersuara," katanya kepada mStar Online di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak yang mendakwa sokongan terbuka Nurul Izzah terhadap calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim seolah-oleh mengesahkan wujud konflik antara keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mohamed Azmin Ali.

Saidatul Badru dilaporkan berkata sokongan Nurul Izzah itu merungkai segala persoalan berhubung hubungan ahli keluarganya yang didakwa tidak baik dengan Azmin.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, sehingga kini menyaksikan empat pemimpin layak bertanding iaitu Naib Presiden, Mohamed Azmin mendapat 36 pencalonan, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Zaid (19); Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub (10) dan Pengarah Strategik PKR, Tian Chua (2).

Mohamed Azmin dikatakan menjadi pilihan Anwar yang juga Penasihat PKR untuk memenangi jawatan berkenaan.

Malah baru-baru ini kumpulan terdiri daripada 20 Ahli Parlimen PKR turut mengumumkan sokongan penuh mereka terhadap Mohamed Azmin.

Namun Nurul Izzah tidak termasuk dalam kumpulan berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Saidatul Badru, Nurul Izzah berkata, beliau kesal kerana kenyataan awalnya telah dimanipulasikan untuk kepentingan pihak tertentu.

"Kenyataan saya tak pernah menyebut mengenai calon mana yang saya sokong, hanya sekadar menyatakan pendirian saya mengenai pemilihan parti.

"Saya hanya menyeru supaya ahli memahami bahawa proses demokrasi yang sebenar seharusnya mengalu-alukan kepelbagaian pandangan dan pertembungan idea antara calon-calon," katanya.

Dalam pada itu Nurul Izzah menyifatkan pandangan Saidatul Badru itu tercetus atas dasar dendam dan kebencian terhadap PKR.

Beliau berkata Saidatul Badru dengan sengaja memanipulasikan kenyataannya berhubung pemilihan parti itu dengan niat untuk memecah-belahkan PKR.

"Kita harus lihat pandangan itu lahir daripada siapa? Orang yang memberi pandangan itu adalah bekas pemimpin yang sudahpun meninggalkan PKR.

"Mereka tinggalkan PKR kerana perbezaan pendapat, jadi tentunya kenyataan-kenyataan yang dibuat atau akan dibuat akan didorong oleh perasaan dendam dan benci... yang pasti kenyataan awal saya sudahpun dimanipulasi," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan