Pasukan Petugas Khas Bagi Kaum India Berjalan Lancar

Diterbitkan: Isnin, 20 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF), yang diwujudkan bagi menangani masalah yang dihadapi kaum India di lokasi strategik di seluruh negara, berjalan lancar dengan hentian seterusnya di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Berikutan kejayaan dalam sesi bertemu orang ramai di Ijok, Selangor pada 15 Ogos, SITF akan mengadakan program kedua Sabtu ini di Dewan Putra, Jalan Pondok Labu, Taman Selasih, Kulim antara 10 pagi dan 4.30 petang, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S.Subramaniam yang juga pengerusi SITF.

"Pelbagai jabatan dan agensi kerajaan akan mengambil bahagian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi kaum India," katanya yang akan menghadiri program itu.

Antaranya ialah Jabatan Pendaftaran Negara bagi menangani pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi menawarkan latihan kemahiran kepada para belia, Tekun Nasional bagi menyediakan pinjaman perniagaan kecil dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Selepas Kedah, kita akan bergerak ke Sepang di Selangor pada 3 Okt diikuti Perai, Pulau Pinang pada 16 Okt tahun ini," katanya.

Dr Subramaniam berkata dalam setiap program, SITF akan mengumpulkan masalah kaum India dan mengambil langkah perlu bagi menyelesaikannya secara sistematik.

"Kami tidak mahu dituduh bertemu orang ramai tetapi tidak melakukan apa-apa bagi menyelesaikan masalah mereka. Sebuah jawatankuasa bertindak akan membuat susulan ke atas masalah-masalah yang dibawa kepada perhatian kami di setiap venue," katanya.

Sambil memberikan contoh program di Ijok di mana hampir 500 masalah diteliti oleh SITF, Dr Subramaniam berkata kes kebajikan menduduki senarai teratas diikuti oleh kad pengenalan dan sijil kelahiran.

Dr Subramaniam berkata tujuan utama SITF yang dianggotai kebanyakannya oleh pemimpin MIC dan pemimpin korporat, adalah bagi memastikan bahawa keputusan Jawatankuasa Kabinet bagi Kaum India, yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dilaksanakan dengan berkesan.

Beliau berkata SITF akan bertindak sebagai sistem penyampaian kerajaan di lokasi strategik di mana orang ramai mendapat akses ke pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan