Nik Aziz Ziarah Keluarga Sosilawati

Diterbitkan: Isnin, 20 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak terkecuali meluangkan masa menziarahi anggota keluarga Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh baru-baru ini.

Nik Aziz berkata beliau berpesan kepada anggota keluarga Allahyarham supaya bersabar dengan pemergiannya.

"Saya datang sini mewakili rakyat Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga dan (agar mereka) sabar.

"Dia mati teraniaya, oleh itu kita doakan segala dosa-dosanya minta Tuhan ampunkan dan pahalanya minta dilipatgandakan," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi kediaman Allahyarham di Taman Harmonis, Gombak di sini pada Isnin.

Dalam lawatan itu, Nik Aziz diiringi Naib Presiden PAs Salahuddin Ayub.

Jutawan kosmetik itu bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32; dilapor hilang sejak 30 Ogos selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Pada 12 September, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Banting, Selangor.

Sehingga kini, polis telah menahan lapan orang, termasuk dua peguam, untuk membantu siasatan kes itu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan