Mahasiswa Sambut Baik Cadangan Wajib Potong Gaji

Diterbitkan: Isnin, 20 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perbincangan dengan perwakilan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan bekas graduan adalah cara paling baik sebelum kerajaan memutuskan sesuatu polisi yang melibatkan golongan itu.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, melalui perbincangan kerajaan dapat mendengar sendiri rintihan dan masalah berkaitan penuntut dan penyelesaian yang memuaskan hati kedua-dua belah pihak dapat dicapai.

Katanya, cadangan kerajaan untuk melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi melangsaikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai tahun depan adalah baik tetapi ruang perbincangan mungkin dapat memberi lebih pilihan kepada kerajaan dan penuntut IPT.

"Cadangan yang ingin dilakukan adalah baik kerana ia secara tidak langsung dapat mendisiplinkan peminjam untuk membayar balik semua hutang mereka kepada kerajaan.

"Tetapi isu yang bakal timbul adalah bagi penggangur dan yang bekerja di sektor swasta yang tiada jaminan seperti di sektor kerajaan," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Dalam pada itu, Shazni mencadangkan agar kerajaan menimbang jumlah yang perlu dibayar peminjam pada setiap bulan kerana tidak semua lepasan universiti terus mendapat pekerjaan selepas tamat belajar.

"Harap kerajaan dapat tetapkan satu aras minimun yang memudahkan semua peminjam untuk membuat bayaran dan fleksibiliti pembayaran terutama kepada penganggur dan yang bekerja sendiri," ujarnya.

Sementara itu, wakil Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mohd Izzat Ismail senada dengan Shazni yang berpendapat tindakan kerajaan itu selain dapat mendisplinkan semua peminjam selepas tamat belajar, duit yang dibayar dapat disalurkan kembali kepada yang memerlukan untuk menyambung pelajaran.

Bagaimanapun, menurut Mohd Izzat, cadangan mungkin akan membebankan graduan yang tidak mempunyai kerja tetap dan menggangur.

Malah katanya, kerajaan perlu mencari mekanisme baru supaya penuntut IPT tidak terlalu bergantung harap kepada wang pinjaman PTPTN.

"Mungkin boleh merendahkan yuran pengajian atau melonggarkan syarat kelayakan permohonan untuk mendapatkan biasiswa," katanya.

Semalam, akhbar melaporkan, PTPTN akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan.

Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata mulai Jun tahun depan, semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ismail yang mula memegang jawatan sebagai Pengerusi PTPTN bermula 1 September lepas berkata, pelaksanaan itu akan membabitkan pindaan Akta PTPTN 1997.

Katanya cadangan bagi meminda undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan