Dua Lokasi Rekreasi Di Pendang Dicemari Kencing Tikus

Diterbitkan: Isnin, 20 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Dua lokasi di Daerah Pendang didapati dicemari dengan kuman leptospirosis atau kencing tikus, kata Pengarah Kesihatan Kedah Dr Marzukhi Md Isa.

Sehubungan itu orang ramai diminta supaya tidak melakukan sebarang aktiviti air di kawasan Pendang Lake Resort dan Bukit Perak, katanya.

"Namun Pendang Lake Resort tidak ditutup sepenuhnya, cuma pengunjung tidak digalakkan untuk membuat sebarang aktiviti yang melibatkan air.

"Sampel air yang diambil dan diuji di dua kawasan berkenaan dikesan mengandungi kuman leptospirosis," katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata setakat ini belum terdapat mangsa yang dilaporkan terkena jangkitan kuman berkenaan di dua kawasan tersebut.

Sebelum ini tiga lokasi di Kedah ditutup sejak sebulan lalu iaitu Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang, Taman Rekreasi Lata Bayu di Baling dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu.

Dua kematian turut dilaporkan yang melibatkan seorang kakitangan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang berusia 30-an yang berkelah di Lata Bayu dan seorang remaja berusia 17 tahun yang telah mandi di Puncak Janing. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan