Draf Dasar Orang Tua Dibentang Di Parlimen Sesi Depan - Heng

Diterbitkan: Isnin, 20 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Rang undang-undang mengenai dasar orang tua akan dibentang di Dewan Rakyat pada persidangan akan datang sebagai persediaan awal menghadapi situasi populasi berumur di negara ini menjelang 2015.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie berkata draf rang undang-undang itu kini sedang dikemaskini untuk dibawa ke Kabinet sebelum dibentang di Parlimen.

"Kita jangka menjelang tahun 2015, negara akan masuk ke peringkat negara 'populasi berumur'. Tafsiran populasi berumur itu ialah 10 peratus daripada warganegara sesebuah negara berumur 60 tahun ke atas.

"Kerajaan amat prihatin dengan perkembangan ini. Sebab itu, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat mengambil langkah proaktif mendraf satu dasar khusus untuk menjaga kepentingan dan kebajikan orang tua sebelum kita memasuki tahap itu (populasi berumur)," katanya.

Heng berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Tawau dan Rumah Wargatua Air Panas di sini hari ini. Heng turut melawat lokasi kebakaran di Kampung Titingan semalam yang melibatkan lebih 30 rumah.

Heng berkata draf itu antara lain menggariskan dasar yang perlu diambil untuk menangani segala keperluan atau tuntutan yang akan timbul apabila negara memasuki tahap populasi berumur.

Beliau berkata ia termasuk bilangan pusat penjagaan orang tua yang perlu ditambah, kemudahan kesihatan orang tua, kemudahan fizikal yang perlu disediakan khususnya di kawasan awam seperti sistem pengangkutan awam bagi menyenangkan pergerakan warga tua.

Pada masa ini terdapat 355 pusat penjagaan yang berdaftar di negara ini dengan hanya 73 daripada jumlah itu merupakan pusat penjagaan orang tua.

Heng berkata bagaimanapun kerajaan tidak perlu membuka lebih banyak pusat penjagaan orang tua jika generasi muda atau anak-anak lebih bertanggungjawab dan sanggup menjaga ibu bapa mereka di rumah. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan