BN Perak Guna Kelab Penyokong Sebagai Platform Raih Sokongan Rakyat

Diterbitkan: Isnin, 20 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak akan menjadikan Kelab Penyokong BN sebagai platform bagi memulihkan imej dan menarik semula sokongan rakyat sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata Setiausaha BN Perak Datuk Ramly Zahari. Beliau berkata kelab yang baru ditubuhkan Mac 2010 itu akan digerakkan ke serata negeri dengan fokus utamanya di kawasan pembangkang.

"Kelab tersebut tidak menyertai mana-mana parti politik tetapi mendokong cita-cita BN adalah strategi terbaru untuk menawan kubu pembangkang dan meyakinkan akar umbi terhadap BN. Kita yakin dan berusaha untuk mendekati rakyat semaksimum mungkin di samping memenuhi Gagasan 1 Malaysia.

BN adalah parti yang cakap dan buat kerana kami cakap serupa bikin malah B Ntidak akan melepaskan (peluang) untuk bertanding dalam setiap kerusi dan berusaha memenanginya," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pelancaran Program Pusat Khidmat Bergerak BN di sini pada Isnin.

"Ahli kelab yang kini seramai 100 orang dari pelbagai kaum dan latar-belakang akan mendekati rakyat di semua peringkat untuk meyakinkan mereka menyokong BN," kata Ramly.

Beliau berkata kelab tersebut akan mendekati rakyat dan menjelaskan secara terperinci peranan BN yang lebih mesra rakyat hasil transformasi parti itu selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Semua maklum balas dari kelab tersebut akan disalurkan kepada BN negeri untuk membolehkan pemimpin parti komponen berkaitan mengambil langkah susulan, kata beliau.

Beliau yakin dengan pendekatan baru itu, BN Perak mampu meraih semula beberapa kerusi yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, beliau mahu supaya komponen parti BN negeri memberikan sokongan terhadap kelab tersebut supaya bersama-sama turun padang bagi memperbetulkan persepsi rakyat terhadap BN. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan