26 Kenderaan Terperangkap Dua Jam Dalam Feri

Diterbitkan: Isnin, 20 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sebanyak 26 buah kenderaan dalam sebuah feri di perairan Selat Pulau Pinang terperangkap selama dua jam apabila satu 'Pin Bracket' di bahagian penyambung landasan antara feri dan terminal patah di Terminal Feri Raja Tun Uda di sini pada kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Ketua Perkhidmatan Feri, Suruhajaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Fisnol Mahmud berkata, kejadian itu berlaku selepas semua kenderaan memasuki bahagian dalam feri melalui landasan penyambung berkenaan. Feri itu dalam perjalanan menghala ke tanah besar.

"Kita tidak membenarkan feri berkenaan bergerak kerana jika ia bergerak, landasan penyambung akan jatuh dan mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Beliau berkata pegawai bertugas bertindak segera dengan mendapatkan bantuan bengkel untuk membaiki kerosakan dan mengeluarkan kenderaan.

Katanya juruteknik yang bertugas mengambil masa satu setengah jam untuk membaiki penyambung laluan berkenaan.

"Dalam masa yang sama pegawai bertugas membenarkan 40 motosikal dan 60 orang penumpang feri keluar menggunakan satu lagi laluan feri manakala 26 penumpang kenderaan kemudiannya hanya dibenarkan keluar setelah 'Pin Bracket' dibaiki untuk kegunaan sementara," katanya.

Fisnol berkata kerja-kerja memperbaiki 'Pin Bracket' sepenuhnya akan mengambil 10 hari dengan kos anggaran sebanyak RM50,000.

"Kita membaiki untuk sementara hari ini. Kos membaiki pin ini agak tinggi kerana kerja-kerja penyelanggarannya agak rumit," katanya.

Beliau berkata SPPP memberi jaminan perkhidmatan feri ke bahagian pulau tidak akan terjejas walaupun hanya menggunakan satu laluan di Terminal Feri Raja Tun Uda malah bilangan feri mencukupi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan