Yayasan Terengganu Taja Pelajar Ke Jepun

Diterbitkan: Ahad, 19 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Yayasan Terengganu (YT) berhasrat menaja pelajar di bawah skim pelajar cemerlang negeri itu melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Jepun mulai tahun hadapan.

Ketua Penolong Pengarah Tajaan YT Mohd Razali Mahmud berkata buat permulaan YT akan menghantar 20 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah skim pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang berkenaan.

"Buat permulaan kita sasar untuk hantar 20 pelajar ke 15 universiti di Jepun. Bagaimanapun jumlah muktamat, bergantung kepada keputusan lembaga pengarah YT yang akan bermesyuarat tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Koichi Kogure dari Shibaura Institute Of Technology, mewakili 15 universiti di Jepun dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Mara (YPM, Ahad.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi YPM Datuk Dr Rosli Mat Hassan, Naib Canselor Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) Datuk Prof Dr Alias Daud, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Dr Yahaya Ibrahim dan Timbalan Rektor TATI Universiti College (TATIUC) Zunaidi Ibrahim.

Mohd Razali berkata di bawah program itu setiap pelajar yang ditaja melibatkan kos antara RM300,000 dan RM400,000 seorang bagi tempoh lima tahun pengajian.

Katanya sebelum ke Jepun, pelajar yang terpilih dikehendaki mengikuti kursus bahasa Jepun selama tiga bulan yang akan disediakan oleh Yayasan Pelajaran Mara. Beliau berkata sebelum ini fokus YT ialah menaja pelajar dalam bidang perubatan di luar negara seperti ke Indonesia, Rusia dan United Kingdom.

"Jadi kita mahu melebarkan lagi pengajian kepada kursus-kursus kejuruteraan dan kita melihat kejuruteraan di Jepun adalah yang terbaik dan lebih murah berbanding United Kingdom atau Autralia," katanya.

Sebelum ini di bawah skim pelajar cemerlang, hanya 10 pelajar sahaja akan dihantar ke universiti-universiti terkemuka dunia dan ia dilihat begitu terhad.

"Sehubungan itu kita mungkin mewujudkan satu dasar baru yang mana kita akan menambahkan bilangan pelajar cemerlang untuk dihantar ke universiti terkemuka dunia termasuk ke Jepun," katanya.

Mohd Razali berkata, sehingga ini YT hanya menaja seorang pelajar Terengganu ke Jepun dalam bidang ekonomi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan