Wanita Dari India Dakwa Dirinya Isteri Sah Ahli Perniagaan Hilang

Diterbitkan: Ahad, 19 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Kehilangan ahli perniagaan India A Muthuraja bertukar menjadi sebuah kisah dramatis apabila terbaru, seorang guru sekolah berumur 36 tahun di India mendakwa dirinya sebagai isteri Muthuraja yang sah.

S Ramalakshmi dari Tirunelveli, Tamil Nadu, berkata wanita berumur 24 tahun yang datang ke Malaysia dan melaporkan kehilangan Muthuraja pada 8 Sept, bukanlah isteri ahli perniagaan itu yang sah.

Dalam laporan itu, S Usharani berkata Muthuraja itu ialah suaminya.

Muthuraja, yang dikatakan sebagai jutawan, lesap setelah datang ke Malaysia untuk bertemu dua rakan peguam yang telah ditahan berkaitan dengan pembunuhan hartawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Ramalakshmi tidak mempunyai anak dengan Muthuraja, 37.

Menurut Ramalakshmi, yang bercakap dari Tirunelveli, ikatan suami-isteri antara dia dan Muthuraja terjalin melalui satu perkahwinan yang dibuat secara teratur.

“Muthuraja dan saya berkahwin pada 2001 dalam satu upacara besar-besaran di Chennai serta dihadiri ramai pembesar dan ahli politik,” kata guru sekolah rendah itu ketika dihubungi di India, Sabtu.

Ramalakshmi berkata walaupun hubungan dia dan suaminya renggang untuk jangka masa tiga tahun, masih terdapat kemungkinan untuk mereka berdamai.

“Bapa mentua saya memberitahu apa yang berlaku terhadap kami bakal diselesaikan selepas kepulangan suami saya dari Malaysia,” katanya.

Ramalakshmi berkata dia tidak berjumpa suaminya selama tiga tahun sehinggalah kira-kira seminggu sebelum kunjungannya ke Malaysia pada Januari.

“Saya berjalan ke sekolah dan dia yang memandu kereta ketika dalam perjalanan ke estet yang terletak tak jauh dari tempat saya mengajar telah melewati saya.

“Kami tidak bercakap tetapi dia senyum kepada saya,” kata Ramalakshmi sambil teresak-esak.

Dia berkata Muthuraja sering membuat lawatan panjang ke Rusia dan Malaysia sejak mereka telah berkahwin atas tujuan perniagaannya.

“Walau tidak selalu bersama sepanjang masa dan sebelum hubungan kami menjadi renggang, dia akan selalu kembali semula,” katanya.

Dia juga memberitahu Muthuraja pernah membawa dua kenalan peguamnya untuk acara makan di rumah bapanya di Tirunelveli kira-kira lima tahun lepas.

Diminta mengulas tentang apa yang berlaku sekarang ini, Ramalakshmi berkata: “Terdapat satu kemungkinan besar yang suami saya telah terlibat dalam hal dan aktiviti yang menjadi persoalan ini.

“Dia tidak perlu kembali hadir kepada saya atau mengakui saya. Saya hanya mahu suami hidup.”

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan