Suami Isteri Dera Pembantu Rumah Turut Disiasat Menurut Akta Anti Pemerdagangan Orang

Diterbitkan: Ahad, 19 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sepasang suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan dan merogol pembantu rumah mereka akan turut disiasat menurut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 berdasarkan bukti serta keterangan yang diperoleh.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata polis mempunyai bukti dan keterangan yang mencukupi namun masih menjalankan siasatan untuk mendapatkan maklumat tambahan dan pengesahan beberapa perkara dengan mangsa dan orang yang disyaki.

"Selain daripada ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol, polis juga akan menyiasat pasangan suami isteri berkenaan menurut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pembantu rumah berkenaan di Hospital Pulau Pinang di sini, Ahad.

Turut melawat mangsa, Konsul Jeneral Indonesia ke Pulau Pinang, Chilman Arisman.

Ayub berkata polis juga akan bekerjasama dengan Pejabat Konsul Jeneral Indonesia ke Pulau Pinang bagi menyelesaikan kes berkenaan dengan segera.

"Saya juga berharap perkara ini tidak dijadikan isu oleh orang ramai dan polis akan segerakan siasatan serta akan kemukakan kes ini kepada pihak pendakwaan untuk dikenakan tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang melakukan perbuatan berkenaan," katanya.

Sementara itu, Chilman memuji kecekapan polis yang berjaya memberkas majikan mangsa dengan cepat.

"Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan mengikut laporan perubatan, mangsa hanya mengalami kecederaan di bahagian luaran sahaja," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan polis menahan sepasang suami isteri selepas pembantu rumah warga Indonesia mereka mendakwa telah didera secara fizikal dan seksual sejak lebih empat bulan lepas dan kemudiannya ditinggalkan di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, Ahad lepas.

Pembantu rumah berumur 26 tahun itu, dikenal pasti sebagai Wifainda dari Jawa Timur, juga mendakwa telah dipukul di kepala, tangan dan kakinya dengan tali pinggang.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan