Sebelas SRJK Tamil Kurang Dari 10 Pelajar Akan Dipindah

Diterbitkan: Ahad, 19 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan bagi Masyarakat India mengenalpasti 11 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJK (T)) yang mempunyai pelajar kurang dari 10 orang untuk dipindahkan ke kawasan padat penduduk.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam, yang juga pengerusi pasukan petugas khas itu berkata kebanyakan sekolah terlibat terletak di kawasan ladang dan dimiliki oleh syarikat perladangan.

Beliau berkata, pihaknya kini dalam proses perbincangan dengan pemilik sekolah terbabit bagi tujuan memindahkan sekolah-sekolah tersebut.

Beliau berkata demikian dalam program Vasantham, program wawancara dalam bahasa Tamil yang disiarkan TV2 di sini, Ahad.

Menyentuh mengenai SRJK (T) yang dimiliki oleh syarikat perladangan yang tidak mendapat bantuan penuh kerajaan, Subramaniam berkata pihaknya akan bertemu dengan pihak pengurus tanah di kawasan ladang untuk membincangkan isu pemberian bantuan itu.

Mengulas mengenai cadangan memecahkan SRJK (T) yang mempunyai ramai pelajar sehingga lebih 1,000 kepada beberapa sekolah, beliau berkata cadangan itu boleh dilakukan, bagaimanapun ini bergantung pada kelulusan Kementerian Pelajaran.

Mengenai Program Mesra Rakyat 1Malaysia di Simpang Tiga, Ijok yang dilaksanakan sejak Ogos lepas, Subramaniam berkata pasukan itu akan turun padang esok bagi menyelesaikan aduan yang diterima daripada masyarakat di sana.

"Wakil-wakil MIC dan pemimpin masyarakat akan pergi ke kawasan itu berikutan maklumbalas positif daripada masyarakat India," katanya.

Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan keputusan Jawatankuasa Kabinet bagi Masyarakat India telah menangani 1,000 kes membabitkan pelbagai masalah sosial di situ termasuk soal sijil kelahiran, kad pengenalan dan kewarganegaraan, bantuan kebajikan, pendidikan, latihan kemahiran, peluang pekerjaan, pinjaman perniagaan kecil dan bantuan guaman. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan