Rakyat Malaysia Di Perancis Sambut Hari Malaysia Dan Hari Raya Di Paris

Diterbitkan: Ahad, 19 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 500 tetamu menghadiri sambutan Hari Malaysia dan Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh Duta Besar Malaysia ke Perancis, Tan Sri Abdul Aziz Zainal di Rumah Malaysia di Paris, Jumaat lepas.

Menurut satu kenyataan oleh Kedutaan Malaysia di Paris Ahad, para tetamu terdiri daripada pegawai kanan kerajaan Perancis, anggota diplomatik termasuk dari kedutaan-kedutaan Asean dan juga pemimpin-pemimpin industri.

"Para tetamu juga termasuk kira-kira 300 rakyat Malaysia yang menetap dan menuntut di Perancis," kata kenyataan itu.

Duta Besar dan isterinya, Puan Sri Rositah Md Mawi turut menyambut tetamu yang hadir dan mereka dijamu dengan hidangan bufet Hari Raya seperti rendang, nasi minyak, dalca, acar, nasi himpit, sate, kuah kacang, teh tarik, biskut dan juga buah-buahan tempatan Malaysia seperti betik dan nangka.

"Pelbagai masakan dan hidangan rakyat Malaysia yang menyelerakan dihidangkan bagi memeriahkan suasana sambutan perayaan yang menggambarkan semangat 1Malaysia," kata kenyataan itu.

Tetamu rakyat Malaysia juga mengambil peluang untuk beramah mesra dengan Duta Besar yang baru dan isterinya dan begitu juga dengan rakyat Malaysia yang lain semasa majlis itu.

"Majlis itu merupakan satu "perhimpunan keluarga" yang besar menghimpunkan rakyat Malaysia," kata kenyataan itu.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan