Pengusaha Longan Dakwa Kerugian Ekoran Tragedi Pembunuhan Sosilawati

Diterbitkan: Ahad, 19 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANTING: Seorang pengusaha longan di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini, iaitu lokasi pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, mendakwa kerugian hampir RM30,000 kerana terpaksa menutup ladang miliknya buat sementara waktu sejak polis menyiasat kes berprofil tinggi itu.

Pemilik syarikat Soon Beng Longan Trading, Lim Soon Beng, 40, berkata sejak 10 hari lepas, semua pelanggan tidak dibenarkan melawat dan membeli longan secara terus dari ladangnya yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari jalan utama Morib-Tanjung Sepat dekat sini.

"Saya rugi kira-kira RM2,000 hingga RM3,000 sehari ekoran kes pembunuhan Sosilawati sebab arahan polis yang tidak membenarkan pelancong asing memasuki Ladang Gadong. Justeru, saya terpaksa menutup ladang saya," katanya kepada pemberita ketika dihubungi, Ahad.

Lim merupakan pemilik tunggal yang mengusahakan tanaman longan di kawasan seluas enam hektar di daerah Kuala Langat sejak 10 tahun lepas.

Tinjauan mendapati sebuah bas ekspres yang membawa puluhan pelancong asing dan tempatan yang mahu melawat ladang longan tersebut diarahkan berpatah balik oleh polis.

Petugas media juga masih berkampung di sebuah kuil berhampiran bagi memantau aktiviti di lokasi pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lepas, sebelum didapati dibunuh sebelum mayat mereka dibakar di Ladang Gadong.

Sementara itu, sembilan anjing yang dipercayai mengawasi kawasan Ladang Gadong milik suspek utama kes pembunuhan tersebut, disuntik dengan pelalian dos tinggi (membawa maut) oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan polis.

Antara anjing yang ditangkap dalam operasi itu ialah enam ekor baka Rottweiler, seekor Bulldog serta dua ekor berwarna putih hitam yang belum dikenal pasti bakanya.

Menurut sumber, sejak kes pembunuhan tragis itu berlaku, kesemua anjing terbabit kelaparan dan bertindak agresif dengan memakan binatang peliharaan lain seperti kambing, itik serta ayam.

Operasi menembak pelali berkenaan bermula pada 8.15 pagi dan berakhir 10 pagi tadi dengan disertai polis dan pasukan penangkap anjing MDKL.

Bangkai kesemua anjing kemudian dibawa ke sebuah bekas tapak pelupusan sampah di Kampung Sungai Sedu, Telok Datuk di sini untuk ditanam. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan