LPP Belanja RM3.4 Juta Galak Tanaman Ubi Vitato

Diterbitkan: Ahad, 19 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)membelanjakan lebih RM3.4 juta untuk membantu petani di Kelantan dan Terengganu mengusahakan tanaman ubi keledek vitato dalam tempoh 2007 sehingga tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah LPP Mohd Salim Taha berkata daripada jumlah itu, RM1.6 juta diperuntukkan kepada Kelantan bagi mengusahakan kawasan seluas 123 hektar yang membabitkan 161 petani di Pasir Puteh dan Bachok.

"Ini termasuk kos upah membajak, benih serta baja," katanya kepada pemberita pada majlis penuaian ubi keledek vitato yang diusahakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Semerak di sini,Ahad.

Mohd Salim berkata Selangor mula mengusahakan tanaman itu di kawasan seluas 30 hektar tahun ini.

Beliau berkata memandangkan tanaman itu berpotensi untuk dikembangkan terutama di kawasan tanah beris, LPP merancang untuk melebarkannya ke Perak di samping di kawasan sedia ada.

Beliau meminta petani agar tidak bimbang mengenai pasaran kerana sebuah kilang pemprosesan berharga lebih RM1 juta sedang dalam pembinaan di Setiu, Terengganu yang dijangka mula beroperasi awal tahun depan.

Katanya kilang berkenaan berupaya memproses 300 metrik tan ubi keledek dalam seminggu untuk menghasilkan pelbagai produk, misalnya tepung untuk dijadikan kuih.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan