Laluan Lebuhraya Utara Selatan Kembali Sesak

Diterbitkan: Ahad, 19 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laluan Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara ke selatan dilaporkan sesak sejak pukul 3 petang Ahad berikutan warga kota yang akan mula bekerja esok pulang dari bercuti sempena Aidilfitri dan juga Hari Malaysia.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata kesesakan dilaporkan berlaku terutama di Plaza Tol Juru menghala ke selatan dan dari Plaza Tol Jelapang ke arah Ipoh dengan ribuan kereta bersesak-sesak melalui tol tersebut.

Kesesakan lalu lintas juga dilaporkan berlaku di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke ibu kota dan di kedua-dua laluan Nilai-Seremban, kata jurucakap tersebut.

Beliau berkata hujan lebat petang tadi turut menyebabkan kenderaan terpaksa dipandu perlahan yang menambah lagi kepada kesesakan.

"Walau bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal sekalipun jumlah kenderaan meningkat. Setakat ini tiada nahas jalan raya dilaporkan," katanya.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan