Jumlah Perdagangan Malaysia Meningkat Dalam Enam Bulan Pertama

Diterbitkan: Ahad, 19 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERLUN: Jumlah perdagangan Malaysia bagi enam bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dengan jumlahnya mencecah RM569.3 bilion, meningkat 28.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata daripada angka itu, eksport meningkat 26.1 peratus menjadikan jumlahnya RM315.8 bilion manakala import pula meningkat 32.5 peratus dengan jumlahnya 253.5 bilion.

Beliau berkata dari segi pengeluaran produk oleh kilang-kilang pula, ia juga berada pada tahap yang begitu tinggi berbanding pada tahun lepas, dan ini menunjukkan keyakinan kepada ekonomi Malaysia yang meningkat dengan begitu mendadak sekali.

"Awal tahun lepas pesanan daripada pelanggan di luar negara menurun secara mendadak malah ada juga kilang-kilang yang terpaksa ditutup dan berpindah ke tempat-tempat lain tetapi kali ini dapat dilihat bahawa pengeluaran mencecah angka-angka yang jauh lebih tinggi berbanding tahun lepas," katanya kepada pemberita ketika ditamui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Anggota Parlimen Jerlun dan Umno Bahagian Jerlun di Dewan Pekan Kodiang dekat sini, Ahad.

Katanya dari segi projek-projek pelaburan yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dari Januari hingga Mei tahun ini, 334 projek yang berjumlah RM8.9 bilion diluluskan untuk sektor pembuatan dan juga yang berkaitan dengan sektor itu.

"Daripada jumlah itu, pelaburan asing adalah RM4.4 bilion iaitu 49.4 peratus manakala pelaburan domestik adalah RM4.5 bilion iaitu 50.6 peratus," katanya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata semua itu merupakan petanda yang begitu baik yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi Malaysia sedang menuju ke arah pemulihan yang dihasilkan melalui pendekatan dan strategi kerajaan untuk meningkatkan semula perdagangan dan pelaburan.

Sementara itu Mukhriz berkata pada hari Khamis dan Jumaat ini beliau akan mengetuai delegasi ke Songkla, Thailand bagi menghadiri satu seminar anjuran kerajaan Thailand, di mana beliau diundang untuk berucap pada seminar itu di samping mempamerkan produk-produk buatan Malaysia.

"Ini adalah salah satu usaha untuk mencergaskan semula perdagangan antara Malaysia dan Thailand di samping membuat kunjungan balas kerana Timbalan Menteri Perdagangan Thailand mengunjungi Groom Mix anjuran kami beberapa bulan yang lepas di Alor Setar," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan