Hanya Dua Kes Peniaga Naik Harga Barang Ketika Musim Perayaan

Diterbitkan: Ahad, 19 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hanya mengesan dua kes peniaga menaikkan harga barang ketika tempoh Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2010 yang berakhir Jumaat lepas.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sepanjang tempoh 3 hingga 17 Sept lepas, sebanyak 72,685 premis diperiksa di seluruh negara membabitkan 67,859 peruncit dan 4,826 pemborong.

Beliau berkata hanya enam sahaja aduan diterima oleh pihaknya membabitkan empat peruncit dan dua pemborong.

"Dua daripadanya didapati melakukan kesalahan menaikkan harga barang manakala empat lagi tidak meletakkan tanda harga," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Parlimen Bera di dataran Kerayong di sini, Ahad.

Sebelum ini, KPDNKK menyenaraikan 18 barang borong dan runcit sebagai harga terkawal di bawah skim tersebut termasuk ayam, daging, telur, kelapa, ikan kembung, cili merah, tomato dan bawang merah kecil.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata beliau berpuas hati dengan bekalan barang keperluan ketika hari raya baru-baru ini dan pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai ketiadaan bekalan berkenaan.

Beliau berkata tindakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang membekalkan barangan seperti kelapa, ayam dan daging turut membantu bekalan kepada pengguna.

Katanya pemantauan harga barangan bagaimanapun akan tetap diteruskan walaupun di luar musim perayaan.

"Tindakan tegas akan dikenakan ke atas peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan