Gerakan Mahu Menang Semula Kerusi Yang Tewas

Diterbitkan: Ahad, 19 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Gerakan mahu merampas kembali kerusi yang ia tewas dalam pada pilihan raya umum lepas, kata Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata usaha keras sedang dilakukan ke arah itu termasuk dengan menggiatkan lagi jentera parti yang selama ini bertapak kuat di Pulau Pinang sebelum dirampas oleh pembangkang.

"Kita sudah tetapkan, kita ada keyakinan, kita ada keazaman untuk menang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Gerakan negeri Melaka di sini, Ahad.

Beliau diminta mengulas mengenai cadangan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar Gerakan menyerahkan kerusi yang ditandinginya pada pilihan raya umum lepas kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain jika parti itu merasakan tidak yakin untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid dilaporkan sebagai berkata langkah itu wajar kerana tiada gunanya Gerakan memasuki gelanggang pilihan raya jika tidak melakukan persediaan yang secukupnya untuk bertanding.

Koh berkata parti itu akan terus bekerja kuat dan berganding bahu dengan parti komponen BN lain bagi memastikan kemenangan.

"Sewaktu kita menghadapi cabaran yang besar dalam (pilihan raya umum) tahun 1986, 1990, 1995 dengan kempen Tanjong 1, Tanjong 2 dan Tanjong 3 oleh DAP, kita waktu itu takut kalah, tetapi dengan kepekaan mungkin kalah, kita menang ketika itu.

"Sebabnya kerana kita bertungkus lumus, kita berganding bahu dan kita bersatu," tegasnya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan