Program Transformasi Negara, Gagasan 1Malaysia Tarik Minat Pelbagai Kaum

Diterbitkan: Sabtu, 18 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Perubahan yang sedang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan program transformasi negara dan gagasan 1Malaysia menarik minat rakyat pelbagai kaum di Pulau Pinang untuk menyokong Barisan Nasional(BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengundi Melayu, Cina dan India di negeri itu memberi kepercayaan dan keyakinan kepada kepimpinan Perdana Menteri.

"Berdasarkan fakta BN mempunyai keyakinan tinggi untuk menawan semula Pulau Pinang daripada kerajaan pakatan pembangkang yang dikuasai oleh DAP sekarang," katanya kepada pemberita semasa sambutan Aidilfitri Parlimen Bagan Datoh di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata jika diberi sedikit masa rakyat akan berubah fikiran dan pendirian untuk menyokong semula BN kerana mereka yakin kepimpinan Perdana Menteri.

Beliau turut menasihatkan parti komponen BN di Pulau Pinang terutama parti Gerakan supaya jangan cepat menyerah kalah sebaliknya komponen BN itu perlu bekerja keras untuk menawan semula Pulau Pinang.

Beliau berkata antara faktor sokongan rakyat kepada BN adalah disebabkan beberapa kelemahan dalam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di Pulau Pinang yang dilihat gagal memberi pembangunan kepada rakyat di negeri itu.

Ahmad Zahid yakin dengan melihat kepada sokongan menggalakkan rakyat kepada BN sejak akhir-akhir ini, ia memberi peluang kepada BN untuk kembali menerajui pentadbiran di Pulau Pinang.

Mengenai kenyataan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nan yang mengakui DAP boleh mengekalkan pentadbiran dalam pilihan raya akan datang, Ahmad Zahid hanya menyifatkan itu sebagai pendapat peribadi dan bukan pendirian Gerakan.

"Saya mengajak parti komponen BN Pulau Pinang untuk bekerja lebih keras bagi merampas semula kerusi yang kecundang pada pilihan raya umum yang lalu," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan