Pelajar Melayu Johan Pertandingan Membuat Tanglung

Diterbitkan: Sabtu, 18 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Melayu dan seorang pelajar India adalah antara pemenang pertandingan membuat tanglung anjuran sebuah pusat membeli-belah di Cheras di sini, Sabtu.

Harisya Rafah Halim dan Hahmiri A/P Ganesh masing-masing muncul sebagai pemenang tempat pertama dan ketiga bagi kategori 13-15 tahun dalam pertandingan anjuran Pusat Membeli-Belah Aeon Selatan, Balakong.

Pengurus Besar Aeon bagi Tanggungjawab Sosial dan Penjenamaan Korporat, Noryahwati Mohd Noh berkata pertandingan itu mendapat sambutan menggalakkan dengan menerima lebih 200 penyertaan dari semua kaum.

Terdahulu, lebih 1,000 orang dari semua kaum menyertai perarakan tanglung daripada pelbagai bentuk dan saiz di pusat membeli-belah itu.

"Kita nak memperlihatkan aktiviti ini bukan sahaja melibatkan kaum Cina tetapi juga kaum Melayu, India serta lain-lain," kata Noryahwati kepada pemberita pada majlis itu.

Beliau berkata perarakan tanglung itu juga sebagai tanda sokongan syarikat terhadap gagasan 1Malaysia selain membantu memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Turut hadir di majils itu ialah anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan Pengurus Besar Eksekutif Kanan Aeon bagi Bahagian Perniagaan Pusat Beli Belah, Tomio Yokoyama. -BERNAMA

.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan