Jenapala Calon Ketiga Umum Tanding Tim. Presiden PKR - Berita Semasa | mStar

Jenapala Calon Ketiga Umum Tanding Tim. Presiden PKR

Diterbitkan: Sabtu, 18 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P. Jenapala, Jumaat mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu sekaligus menjadikannya orang ketiga yang mengumumkan hasrat bertanding kerusi panas berkenaan selain Azmin Ali dan Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun, berbanding dengan Azmin dan Zaid, Jenapala tidak begitu dikenali ramai.

Namun begitu, Jenapala berpendapat, dengan menawarkan diri, beliau akan memberi lebih banyak opsyen kepada para ahli membuat pilihan malah mendakwa PKR memerlukan seorang daripada akar umbi mewakili suara ahli di peringkat tertinggi.

Malah dalam nada yang lebih serius, Jenapala mendakwa jika ada sesiapa dapat menunjukkan ada mana-mana pemimpin PKR yang boleh membaca dan menulis Tamil, beliau akan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Bercakap dalam sidang akhbar di Sentul, Jenapala menganggap dirinya mewakili suara akar umbi parti malah bertanding untuk membuktikan bahawa PKR adalah sebuah parti pelbagai kaum dan semua orang mempunyai hak yang sama rata untuk bertanding dan menawarkan khidmat.

Ditanya tentang isu kebankrapan yang dihadapinya tahun lalu sehingga memaksanya melepaskan semua jawatan dalam parti, Jenapala menegaskan, isu tersebut telah hampir selesai dan kini dalam proses untuk memperolehi sijil pelepasan tidak lama lagi.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan